Tuesday, June 2, 2009

CAKERA LIUT
Floppy Disk

Cakera liut atau disket adalah sejenis cakera magnet tidak tegar yang dibaluti dengan bahan kimia besi oksid (ferrite). Ia merupakan storan sekunder yang digunakan untuk menyimpan data. Cakera ini ditempatkan di dalam bekas plastik segi empat, ada yang berukuran 5 1/2 inci dan ada yang berukuran 3 1/2 inci.

Bekas plastik ini mempunyai penutup besi agar dapat melindungi bahagian cakera yang terdedah, iaitu bahagian slot untuk pembacaan dan perakaman data.

Cakera liut merupakan alat storan yang paling murah dan paling biasa digunakan untuk komputer peribadi. Ia mesti diformat terlebih dahulu sebelum digunakan. Muatan cakera liut ini bergantung kepada jenisnya, bagi ketumpatan berganda (DD) ialah 700 kilobait dan ketumpatan tinggi (HD) ialah 1.4 megabait.

PEMACU CAKERA LIUT
Floopy Disk Drive

Pemacu cakera liut (floppy disk drive) merupakan alat yang paling mudah untuk menyimpan maklumat yang banyak. Dengan menggunakan pemacu cakera yang dilengkapkan kepada komputer, ia boleh menyimpan dan mengeluarkan semula maklumat secara cepat dan mudah.

Terdapat beberapa pengeluar jenama pemacu cakera seperti Teac, Mitsubishi dan Epson. Pemacu cakera dan peralatannya biasanya diletakkan dalam satu kotak logam yang mempunyai saiz 3.38 inci x 5.87 inci x 8.00 inci. Beratnya lebih kurang 2 kilo. Pemacu cakera jenis baru adalah lebih kecil dan ringan. Sekarang terdapat cakera mikroliut (micro floppy disk) jenis 3.5 inci yang lebih menarik rekabentuknya. Sarung cakera liut 3.5 inci ini adalah diperbuat daripada plastik keras yang tidak boleh dilentur.

Kad pengawal pemacu cakera dikenali juga sebagai kad adapter pemacu cakera. Data dan isyarat kawalan dihantar kepada pemacu cakera dengan menggunakan kabel jenis riben (ribbon cable) yang disambungkan kepada kad adapter pemacu cakera. Kad ini dipasangkan kepada salah satu slot perhubungan yang terdapat pada papan utama. Komputer peribadi mempunyai 2 ruang untuk pemacu cakera di bahagian dalam komputer atau unit sistem. Biasanya komputer peribadi di Malaysia, hanya dua pemacu cakera sahaja yang digunakan dan dipasang di bahagian dalam komputer. Pemacu cakera boleh dianggap sebagai peranti (device) untuk menyimpan secara besar-besaran yang paling penting untuk pengguna komputer.

Pemacu cakera liut ini boleh berputar dengan kelajuan 300 pusingan setiap minit untuk menulis dan membaca data daripada cakera liut. Cakera liut ini diperbuat daripada bahan "mylar" yang mempunyai lapisan oksida yang bermagnet di bahagian luar. Semasa di kilang, cakera daripada "polyster" yang tebalnya 0.003 inci akan dilapiskan kedua-dua permukaannya dengan oksid besi (iron oxide) yang tebalnya 0.0001 inci. Bahagian dalam sarung plastik ini mempunyai lapisan bahan kain (fabric material) yang bertujuan untuk membenarkan cakera berpusing secara licin. Cakera ini dikenali sebagai cakera liut atau "floppy disk" kerana ia nipis dan boleh dilentur.

Jenis pemacu cakera yang digunakan akan menentukan pula jenis cakera (disk) yang boleh digunakan bersamanya. Cakera yang digunakan boleh jadi jenis satu permukaan (single sided) atau dua permukaan (double sided) serta dwi ketumpatan (double density). Setiap permukaan di bahagikan kepada 40 trek secara elektromagnet iaitu dikira daripada lubang (hub) hingga ke bahagian luar cakera. Berhampiran dengan lubang tengah terdapat satu lubang kecil yang dinamakan lubang indeks (index hole) yang berfungsi membantu litar kawalan (control circuit) menghasilkan isyarat berjangka (timing) yang mustahak.Pengguna juga boleh menyekat pemacu cakera daripada menulis maklumat keatas cakera dengan menggunakan satu sistem yang dinamakan pelindung tulis (write protect).


1 comment:

  1. hard disk yang lembut ada tak? kat kedai tu hard disk semua yang keras-keras..

    ReplyDelete