Tuesday, June 2, 2009

FAKS MODEM
Fax Modem
Sejenis modem yang dijual dalam bentuk kad tambahan atau dalam kad (faks modem dalaman) dan bentuk kotak berasingan (faks modem luaran). Digunakan untuk menghantar dan menerima faksimili melalui komputer.

MODEM
Modem

Merupakan sebuah peranti yang digunakan untuk komputer peribadi (personal computer) membuat hubungan dengan komputer lain di tempat yang jauh melalui saluran telefon. Modem adalah singkatan dari gabungan daripada perkataan "Modulator" dan "Demodulator".

Modem berfungsi menukarkan data yang berbentuk digital daripada komputer A kepada nada pembawa audio (audio carrier tone) yang dapat disalurkan melalui rangkaian telefon. Modem penerima maklumat akan menukarkan semula (decoding) maklumat daripada bentuk nada audio kepada data digital supaya dapat digunakan semula oleh komputer B. Modem terdapat dalam dua jenis, iaitu modem luaran dan modem dalaman.

KABEL
Cable



kabel gentian optik

Kabel modem NOL

Wayar yang boleh menghubungkan komputer dengan komponen-komponennya. Ia membolehkan arus elektrik mengalir diantara dua komponen yang dihubungkannya.
Jenis-jenis kabel:
  • Kabel gentian optik (fibre optic cable)
    Sejenis kabel yang mempunyai keupayaan menghantar data yang sangat pantas. Kabel ini tidak menggunakan wayar pengalir arus elektrik seperti kebanyakan kabel lain, tetapi menggunakan gentian optik halus dan memabwa dta dalam bentuk cahaya melaluinya.
  • Kabel modem nol (null modem cable)
    Kabel yang disambung ke port komunikasi untuk menghubungkan dua komputer yang berdekatan supaya keduanya boleh saling menghantar dan menerima maklumat. Penggunaan kabel modem nol tidak memerlukan modem dipasang kepada kedua-dua komputer tersebut.
  • Kabel pasangan terpiuh (twisted-pair cable)
    Terdiri daripada sepasang wayar tembaga yang dipintal/dipiuh pada jarak tertentu. Wayar tembaga yang dipintal ini disalut dengan satu penebat untuk mengelakkan keduanya daripada bersentuh. Pasangan wayar yang dipintal itu kemudian dibalut oleh penebat lain sebagai balutan luar.
  • Kabel SCSI ke SCSI (SCSI to SCSI cable)
    Kabel yang digunakan untuk menyambung alatan SCSI ke komputer hos atau daripada satu alatan SCSI ke alat SCSI lain. Ia mempunyai beberapa skim yang tertentu begantung kepada jenis piawaian SCSI yang terlibat.
  • Kabel sepaksi (coaxial cable)
    Terdiri daripada satu wayar tembaga ditengahnya yang dikelilingi oleh bahan penebat dan satu lapisan pengadang. Kabel ini boleh membawa data yang lebih banyak daripada kabel pasangan terpiuh. Ia selalu digunakan untuk membawa isyarat frekuensi tinggi seperti video dan audio dan juga digunakan disambung penyambung diantara komputer kerangka utama dan peralatan peranti yang disambungkan kepadanya.
http://www.geocities.com/syafiqqusyairi/.htm

No comments:

Post a Comment