Wednesday, June 3, 2009

LANGKAH-LANGKAH BUKA PASANG KOMPUTER

Langkah 1

- Buka Kekisi


langkah 2

- Tentukan penanda pada CPU yang bertanda warna emas bagi memudahkan pemasangan.




Langkah 3

- Tentukan susunan pin CPU bagi memudahkan pemasangan ke soket kerana kedudukan yang salah akan mengakibatkan kerosakan.


Langkah 4

- Buka klip soket CPU.
- Dengan berpandukan susunan pin dan penanda pada CPU, masukkan CPU.
- Pastikan kesemua kaki dimasukkan ke dalam soket tanpa paksaan.



Langkah 5

- Tutup klip soket pada papan induk.



langkah 6

- Pasangkan kipas penyejuk dan pastikan kedudukan kipas serta klip dengan betul


Langkah 7

- Klipkan satu persatu.



Langkah 8

- Pasangkan kabel kuasa kipas penyejuk pada tanda 'CPU FAN' di papan induk.

Langkah 9

- Tentukan penanda yang ada pada RAM.

langkah 10

- Tentukan Soket RAM pada papan induk adalah berlabel "DIMM1" atau "BANK 1".

langkah 11

- Buka pin kekunci RAM (berwarna putih).
- Masukkan RAM melalui lurah yang telah disediakan mengikut pin RAM dan pin soket RAM.

Langkah 12

- Tekan dari bahagian atas untuk merapatkan satu kepingan RAM.
- Tutup klip Soket RAM pada Papan Induk.

langkah 13

- Tentukan lubang skru pada papan induk.

Langkah 14

- Kemudian bandingkan susunan lubang skru pada kekisi. Pasangkan skru dan plastik penyokong di dalam Kekisi.

Langkah 15

- Masukkan papan induk dengan berhati-hati. Pastikan semua plastik dan lubang skru penyokong berada tepat dengan lubang skru pada papan induk.

langkah 16

- Pasangkan skru dengan kemas (jangan terlalu ketat kerana ia boleh menyebabkan merosakkan pada papan induk).

Langkah 17

- Pastikan kedudukan papan induk kemas. Selaraskan 'Jumper Clear CMOS' kepada 'Normal Mode' (jika ada).

langkah 18

- Kenal pasti soket kabel reben yang ditandakan ' 1 ' .
- Kemudian tentukan 'Bracket 3.5"' pada kekisi.

Langkah 19

- Masukkan dengan cara menyorong masuk dari dalam kekisi. Ketatkan dengan skru.

Langkah 20

- Sambungkan kabel reben 40 pin (IDE Cable yang mempunyai jalur (warna merah) pada soket di pemacu yang berlabelkan '1'.

Langkah 21

- Seterusnya, masukkan soket kabel IDE yang sama pada satu lagi hujung. Tentukan terlebih dahulu soket penyambung di papan induk itu bertanda "IDE 1". Tanda '1' pada soket merupakan tanda untuk dimasukkan kabel reben IDE yang ada jalur (berwarna).

Langkah 22

- Sambungkan kabel kuasa (Power Cable) dari bekalan kuasa (Power Supply)
- Bekalan kuasa mempunyai empat wayar berwarna Kuning (+12v), Hitam (-), Hitam (-) dan Merah (+5v).
- Soket kabel kuasa hanya dapat dipasangkan di pemacu sekiranya kedudukannya mempunyai bentuk yang sama.

Langkah 23

- Tentukan pin '1' dan pin '34' di belakang pemacu terlebih dahulu.
- Kemudian tentukan 'Bracket 3.5"' untuk memasukkan pemacu ini yang mempunyai lubang terbuka di hadapan kekisi.

Langkah 24

- Masukkan dengan cara menyorong masuk dari dalam kekisi dan ketatkan dengan skru.

Langkah 25

- Masukkan dengan cara menyorong masuk dari dalam kekisi dan ketatkan dengan skru.

Langkah 26

- Seterusnya kabel reben 34 jalur yang sama dipasang dengan pemacu, dipasang pula di papan induk yang ditandakan "FDD 1".
- Pastikan semua pemasangan kabel kemas.

Langkah 27

- Kenal pasti soket kabel reben yang ditandakan ' ' 1 ' .
- Kemudian tentukan 'Bracket 5.25"' pada kekisi yang mempunyai lubang di hadapan kekisi.
- Masukkan dengan cara menyorong masuk dari dalam kekisi dan ketatkan dengan skru.

Langkah 28

- Sambungkan kabel reben 40 pin (IDE Cable) yang mempunyai belang (warna merah) pada soket di pemacu yang berlabelkan '1'.
- Pasangkan kabel kuasa dari bekalan kuasa. (Soket kabel kuasa ini hanya akan dapat dipasangkan sekiranya kedudukannya dalam keadaan betul)
- Kabel Audio disambungkan dengan soket penyambung pemacu ini yang ditandakan 'R' dengan warna kabel audio yang warna merah.

Langkah 29

Cara memasang kad Paparan dan kad Bunyi adalah sama
Kad Paparan (Display Card)
Kad Bunyi (Sound Card)

- Tentukan slot untuk dimasukkan kad paparan.
- Buka penutup slot kad di kekisi yang telah ditentukan.
- Kemudian pasangkan skru di kekisi untuk mengetatkan kedudukan kad paparan.

- Tentukan slot untuk dimasukkan kad bunyi.
- Buka penutup slot kad di kekisi yang telah ditentukan.
- Kemudian pasangkan skru di kekisi untuk mengetatkan kedudukan kad bunyi.

Langkah 30

Penyambungan Perkakasan Luar

1 -Soket Kabel Kuasa

2 -Soket PS2 (Tetikus)

3 -Soket PS2 (Papan Kekunci)

4 -Soket USB

5 -Soket Parallel (Pencetak, dll)

6 -Soket Serial (Modem, dll)

7 -Soket VGA (Unit Paparan)

8 -Soket Permainan (Joystick)

9,10,11 - Soket Audio

( 9-Line Out, 10-Line In, 11-Mic)


http://angahkomputer.bravehost.com/Pasang_Komputer.html





Pemacu Baca / Tulis / Baca-Tulis

Pemacu Baca/Tulis/Baca-Tulis (CD-RW) merupakan alat yang dapat digunakan sebagai penyimpan maklumat dan dapat menggantikan Pemacu Cakera Liut kerana ianya dapat menyimpan kedalam cakera padat dengan saiz yang besar dan sehingga 680MB bagi setiap cakera padat tetapi ianya bergantung kepada jenis cakera padat yang digunakan.

Kad Paparan

Kad Paparan (VGA Card) merupakan salah satu alat yang penting dalam sesebuah komputer. Kad Paparan adalah alat yang menghubungkan antara Papan Utama (Mainboard) dengan Unit Paparan (Monitor). Kad Paparan mempunyai banyak jenis diantaranya jenis AGP, jenis PCI dan lain-lain lagi. Jenis bagi Kad Paparan bergantung kepada jenis slot pada Papan Utama. Kelajuan Kad Paparan ini pula bergantung kepada memori kad tersebut.

Papan Induk

Papan induk (Mainboard) merupakan jantung bagi setiap komputer. Papan induk ialah papan litar yang besar yang terletak dibahgian bawah casis unit system (system unit). Papan system diperbuat daripada kepingan “fiberglass” yang berwarna hijau/kuning dan di atasnya dipenuhi dengan litar bersepadu, perintang, kapasitor dan litar elektronik (electronic circuit).

Unit Pemprosesan

Unit Pemprosessan Pusat (Mikroproses) boleh dianggap sebagai "Pusat Saraf" bagi sistem komputer. Ia merupakan bahagian yang paling rumit dan berkuasa dalam mikrokomputer / Komputer Peribadi. Mikropemproses ini terdapat dalam bentuk Litar Bersepadu yang berjumlah berjuta-juta litar di dalamnya. Unit Pemprosessan Pusat ini mempunyai pelbagai jenama antaranya Intel Pentium, AMD, Cyric, dan lain-lain lagi.

RAM (Ingatan Secara Rawak)

RAM merupakan ingatan yang boleh baca dan tulis. RAM terdiri daripada litar bersepadu (IC) yang boleh ditulis di dalamnya, dan juga ianya mengandungi program atau data yang boleh dibaca daripadanya. Ingatan RAM ini boleh dianggap sebagai kertas atau papan hitam bagi komputer. Ingatan RAM ini akan hilang sekiranya bekalan kuasa komputer terputus atau dipadamkan.

Tetikus

Tetikus ialah satu alat yang digunakan dengan menggunakan tangan untuk menggerakkan penanda (kursur) keseluruh bahagian 'skrin monitor'. Rekabentuk tetikus ini terdiri daripada satu bola berat yang diperbuat daripada getah yang akan berpusing bila tetikus digerakkan. Tetikus mempunyai 2 hujung penyambungan diantaranya adalah jenis 'serial port' dan 'PS/2'.

Papan Kekunci

Dalam penggunaan komputer, langkah pertama sebelum dapat menggunakan ianya perlukan dimasukkan data ke dalamnya. Pelbagai cara untuk memasukkan data ke dalam komputer contohnya cakera liut, modem, tetikus , pengimbas ataupun daripada komputer utama daripada network, tetapi cara yang paling banyak digunakan adalah dengan memasukkan data melalui papan kekunci. Di Malaysia papan kekunci (Keyboard) mempunyai 2 jenis iaitu papan kekunci P/S2 dan papan kekunci Normal.


http://angahkomputer.bravehost.com/Perkakasan.html



Bekas (Casing)

Bekas (Casing) merupakan kulit komputer bagi Unit Pemprossan Pusat. Di dalam bekas ini mempunyai Papan Utama, Kad Paparan, Memori Secara Rawak, Pemacu-pemacu dalaman, Bekalan Kuasa dan aksesori komputer.

Monitor

Perkataan “Monitor” telah mula digunaan oleh syarikat IBM yang bermakna sebuah unit paparan (display devices). Dalam bahasa latin pula perkataan “Monitor” ini bermakna “untuk panas”(to Warm). Perkataan monitor ini kekal digunakan hingga sekarang. Pada asasnya monitor adalah sama seperti TV tetapi TV mempunyai beberapa litar tambahan yang tidak terdapat pada monitor.

Hard Disk

Pemacu Cakera Keras merupakan alat untuk menyimpan dan mengeluarkan. Pemacu Cakera Keras juga digunakan sebagai tempat untuk dimasukkan perisian untuk menjalankan sesebuah komputer pada masa sekarang. Pemacu ini ada banyak jenama dan jenis.

Pemacu DVD

Pemacu DVD (Digital Versatile Disc, ) sepertimana yang diketahui ia merupakan Pemacu Video Cakera Digital . Ianya mula diperkenal pada tahun 1996 dan kegunaannya lebih kepada wayang gambar (Movie) dan penyimpanan data. Pemacu DVD ini akan mengantikan Cakera Padat, Cakera Laser and VHS dalam semua aplikasinya.

Pemacu Cakera Padat (CD-ROM)

Pemacu ini merupakan salah satu daripada alat untuk memasukkan data ke dalam komputer. Pemacu ini hanya dapat membaca memori sahaja dan tidak boleh menyimpan memori ke dalam cakera keras.

Pemacu cakera padat baca sahaja ini lebih dikenali sebagai "CD-ROM (Compact Disk Read Only Memory)"


http://angahkomputer.bravehost.com/Perkakasan.html

Tuesday, June 2, 2009

FAKS MODEM
Fax Modem
Sejenis modem yang dijual dalam bentuk kad tambahan atau dalam kad (faks modem dalaman) dan bentuk kotak berasingan (faks modem luaran). Digunakan untuk menghantar dan menerima faksimili melalui komputer.

MODEM
Modem

Merupakan sebuah peranti yang digunakan untuk komputer peribadi (personal computer) membuat hubungan dengan komputer lain di tempat yang jauh melalui saluran telefon. Modem adalah singkatan dari gabungan daripada perkataan "Modulator" dan "Demodulator".

Modem berfungsi menukarkan data yang berbentuk digital daripada komputer A kepada nada pembawa audio (audio carrier tone) yang dapat disalurkan melalui rangkaian telefon. Modem penerima maklumat akan menukarkan semula (decoding) maklumat daripada bentuk nada audio kepada data digital supaya dapat digunakan semula oleh komputer B. Modem terdapat dalam dua jenis, iaitu modem luaran dan modem dalaman.

KABEL
Cable



kabel gentian optik

Kabel modem NOL

Wayar yang boleh menghubungkan komputer dengan komponen-komponennya. Ia membolehkan arus elektrik mengalir diantara dua komponen yang dihubungkannya.
Jenis-jenis kabel:
  • Kabel gentian optik (fibre optic cable)
    Sejenis kabel yang mempunyai keupayaan menghantar data yang sangat pantas. Kabel ini tidak menggunakan wayar pengalir arus elektrik seperti kebanyakan kabel lain, tetapi menggunakan gentian optik halus dan memabwa dta dalam bentuk cahaya melaluinya.
  • Kabel modem nol (null modem cable)
    Kabel yang disambung ke port komunikasi untuk menghubungkan dua komputer yang berdekatan supaya keduanya boleh saling menghantar dan menerima maklumat. Penggunaan kabel modem nol tidak memerlukan modem dipasang kepada kedua-dua komputer tersebut.
  • Kabel pasangan terpiuh (twisted-pair cable)
    Terdiri daripada sepasang wayar tembaga yang dipintal/dipiuh pada jarak tertentu. Wayar tembaga yang dipintal ini disalut dengan satu penebat untuk mengelakkan keduanya daripada bersentuh. Pasangan wayar yang dipintal itu kemudian dibalut oleh penebat lain sebagai balutan luar.
  • Kabel SCSI ke SCSI (SCSI to SCSI cable)
    Kabel yang digunakan untuk menyambung alatan SCSI ke komputer hos atau daripada satu alatan SCSI ke alat SCSI lain. Ia mempunyai beberapa skim yang tertentu begantung kepada jenis piawaian SCSI yang terlibat.
  • Kabel sepaksi (coaxial cable)
    Terdiri daripada satu wayar tembaga ditengahnya yang dikelilingi oleh bahan penebat dan satu lapisan pengadang. Kabel ini boleh membawa data yang lebih banyak daripada kabel pasangan terpiuh. Ia selalu digunakan untuk membawa isyarat frekuensi tinggi seperti video dan audio dan juga digunakan disambung penyambung diantara komputer kerangka utama dan peralatan peranti yang disambungkan kepadanya.
http://www.geocities.com/syafiqqusyairi/.htm

CAKERA LIUT
Floppy Disk

Cakera liut atau disket adalah sejenis cakera magnet tidak tegar yang dibaluti dengan bahan kimia besi oksid (ferrite). Ia merupakan storan sekunder yang digunakan untuk menyimpan data. Cakera ini ditempatkan di dalam bekas plastik segi empat, ada yang berukuran 5 1/2 inci dan ada yang berukuran 3 1/2 inci.

Bekas plastik ini mempunyai penutup besi agar dapat melindungi bahagian cakera yang terdedah, iaitu bahagian slot untuk pembacaan dan perakaman data.

Cakera liut merupakan alat storan yang paling murah dan paling biasa digunakan untuk komputer peribadi. Ia mesti diformat terlebih dahulu sebelum digunakan. Muatan cakera liut ini bergantung kepada jenisnya, bagi ketumpatan berganda (DD) ialah 700 kilobait dan ketumpatan tinggi (HD) ialah 1.4 megabait.

PEMACU CAKERA LIUT
Floopy Disk Drive

Pemacu cakera liut (floppy disk drive) merupakan alat yang paling mudah untuk menyimpan maklumat yang banyak. Dengan menggunakan pemacu cakera yang dilengkapkan kepada komputer, ia boleh menyimpan dan mengeluarkan semula maklumat secara cepat dan mudah.

Terdapat beberapa pengeluar jenama pemacu cakera seperti Teac, Mitsubishi dan Epson. Pemacu cakera dan peralatannya biasanya diletakkan dalam satu kotak logam yang mempunyai saiz 3.38 inci x 5.87 inci x 8.00 inci. Beratnya lebih kurang 2 kilo. Pemacu cakera jenis baru adalah lebih kecil dan ringan. Sekarang terdapat cakera mikroliut (micro floppy disk) jenis 3.5 inci yang lebih menarik rekabentuknya. Sarung cakera liut 3.5 inci ini adalah diperbuat daripada plastik keras yang tidak boleh dilentur.

Kad pengawal pemacu cakera dikenali juga sebagai kad adapter pemacu cakera. Data dan isyarat kawalan dihantar kepada pemacu cakera dengan menggunakan kabel jenis riben (ribbon cable) yang disambungkan kepada kad adapter pemacu cakera. Kad ini dipasangkan kepada salah satu slot perhubungan yang terdapat pada papan utama. Komputer peribadi mempunyai 2 ruang untuk pemacu cakera di bahagian dalam komputer atau unit sistem. Biasanya komputer peribadi di Malaysia, hanya dua pemacu cakera sahaja yang digunakan dan dipasang di bahagian dalam komputer. Pemacu cakera boleh dianggap sebagai peranti (device) untuk menyimpan secara besar-besaran yang paling penting untuk pengguna komputer.

Pemacu cakera liut ini boleh berputar dengan kelajuan 300 pusingan setiap minit untuk menulis dan membaca data daripada cakera liut. Cakera liut ini diperbuat daripada bahan "mylar" yang mempunyai lapisan oksida yang bermagnet di bahagian luar. Semasa di kilang, cakera daripada "polyster" yang tebalnya 0.003 inci akan dilapiskan kedua-dua permukaannya dengan oksid besi (iron oxide) yang tebalnya 0.0001 inci. Bahagian dalam sarung plastik ini mempunyai lapisan bahan kain (fabric material) yang bertujuan untuk membenarkan cakera berpusing secara licin. Cakera ini dikenali sebagai cakera liut atau "floppy disk" kerana ia nipis dan boleh dilentur.

Jenis pemacu cakera yang digunakan akan menentukan pula jenis cakera (disk) yang boleh digunakan bersamanya. Cakera yang digunakan boleh jadi jenis satu permukaan (single sided) atau dua permukaan (double sided) serta dwi ketumpatan (double density). Setiap permukaan di bahagikan kepada 40 trek secara elektromagnet iaitu dikira daripada lubang (hub) hingga ke bahagian luar cakera. Berhampiran dengan lubang tengah terdapat satu lubang kecil yang dinamakan lubang indeks (index hole) yang berfungsi membantu litar kawalan (control circuit) menghasilkan isyarat berjangka (timing) yang mustahak.Pengguna juga boleh menyekat pemacu cakera daripada menulis maklumat keatas cakera dengan menggunakan satu sistem yang dinamakan pelindung tulis (write protect).


CAKERA KERAS MUDAH ALIH

Removable Hard Disk

Cakera keras mudah alih ialah cakera keras dalam bentuk kartrij yang boleh dipindahkan daripada pemacunya. Ia digunakan sebagai tambahan ruang kepada cakera keras tetap, cuma masa capaiannya lebih lambat berbanding cakera keras tetap. Ia berfungsi seperti cakera liut, cuma muatannya sahaja yang jauh lebih besar daripada cakera liut

Cakera keras mudah alih dikenali juga dengan nama cakera keras luaran atau cakera keras kartrij, iaitu sejenis cakera keras dalam bentuk kartrij yang boleh dipindahkan daripada pemacunya. Bagi menggunakan cakera keras mudah alih, pengguna mestilah mempunyai pemacu untuk dimasukkan cakera keras tersebut.

Saiz cakera keras luaran lebih tebal dan besar daripada cakera liut. Muatannya tinggi diantara 100 megabait hingga 230 megabait. Ia selalu digunakan sebagai tambahan kepada cakera keras tetap. Yang istimewanya ia boleh dikeluarkan daripada pemacunya dan boleh dibawa ke mana-mana dan disimpan seperti menyimpan disket.


http://www.geocities.com/syafiqqusyairi/luaran_3.htm